jurang kita mmg nampak ketara. janggal rasanya kan? kalau dulu mesra nda kira di mana "sama-sama". sekarang, aku ketawa di sana. kau ketawa di situ. luahan perasaan pun kalau dulu tempat nya cuma satu. kini, nda tentu arah. di situlah nampak perbezaan dulu dan kini kita.
kalau dulu aku nda perna tepikir pasal ini. sebab aku cuma ada satu kawan. yang duduk sebelah ku. cuma dia. dan aku cuma perlu jaga hati dia seorang ja. suka duka aku luah dgn dia. sekarang kawan merata-rata, bnyak hati yang mahu di jaga. mmg bekawan itu best. lebih-lebih time lepak sama-sama. ramai-ramai pulak tu. the best moment kan? lempar-lempar bantal. kutuk-kutuk orang. tepuk sana tepuk sini. zaman remaja kunun. tapi, bila ada masalah,jumpa orang baru, kawan sini terasa hati. kawan sana lupa tentang kenangan itu. kawan situ membawa diri. sdg kan kalau dulu senyum semeja.hah? jadi, kamu rasa layak kah aku uar-uar kan slogan 'berkawan biar seribu'?
sekarang aku mahu luah kan rindu. rindu yang dulu. rindu yang lama. rindu. tapi, aku nda tahu mahu luah di mana. sebab aku sebak. sebak dgn keadaan sekarang. tapi, kehidupan yang nampak dari luaran, memang seperti org yang tiada masalah. tapi dalaman siapa yang tahu kan? semua nya sukar di ramal. kadang-kadang aku menyindir cuma melalui gurauan. mmg bunyi nya seperti gurauan. lebih-lebih aku ucap dgn bibir tersenyum. padahal hakikat aku ingin menyampaikan sesuatu. dan aku nda tau kenapa aku tidak bole ucap secara directly.takut mahu menyinggung perasaan mungkin kan? sebab kau pun akan sindir aku dgn perkara sebegitu rupa. tapi, kau kekal dgn seseorang. kau cuma dgn dia. cuma dia. dan aku? aku ganti-ganti. sekejap aku pergi sana. sekejap aku menyimpang di situ. tiada arah tuju. akhirnya aku dapat kawan beribu. yang nda tau dpt kekal atau tidak. dapat memahami hati atau tidak.
semua kita punya idup masing-masing. tak kan mahu di kelompok itu cuma kan? terlalu berharap dgn kenangan itu yang konon nya memperkukuh kan hubungan. aku tidak nampak itu. kerana suatu hari nanti kita tetap hidup dgn dunia masing-masing. kawin, dapat ank. dapt cucu. kita dgn dunia kita. tapi, pernah terfikir kenangan yang buat kita terus mengenal dunia? pernah bayang kan, tanpa manusia yang kita benci, boleh buat kita tahu tentang erti dunia sebenar? tidak semua manusia sempurna. sebab itu kita di ciptakan tidak sempurana. supaya kita dpat hidup dgn penuh dugaan. sebab melalui dugaan kita dapat mengenal yang mana baik dan yang mana buruk nya..
sekarang aku dapat meneruskan hidup dgn senyuman.sebab aku lihat dari jau,kau pun hidup dgn senyuman dan gelak tawa. tapi kalau suatu hari nanti aku tengok kau menangis, aku nda akan hapus air mata mu. sebab banyak yang akan hapus air mata mu, kan? dan aku masih mampu tersenyum. byk yang akan melindungimu. yang menasihati mu. aku nda perlu risau apa-apa. kau selamat di jagaan mereka. insyaallah. :)
perubahan itu memang lah wajar kan. sekarang kau. mungkin suatu hari nanti aku. siapa tahu? tapi, perubahan mu bukan la secara mendadak.aku bersyukur. masih ada kata-kata rindu yang tersimpan untuk aku. masih ada senyuman ikhlas khas untuk aku.
di sini aku mahu sampaikan, aku masih mampu ketawa tebahak-bahak dgn kau lagi. aku masih sanggup tunggu luahan hati kau. aku masih sanggup tengok senyuman kau yang bukan untuk aku. aku masih belum malu mahu menangis sampai meleleh hingus depan kau. sebab dalam hati kau ada aku kan?
dulu aku pernah cakap kan? aku takut. sampai nangis tanpa sebab. dan ketakutan yg aku kata dgn kau tu, semakin tiba my dear.heee. nda pa.iitu salah satu dugaan hidup.
mahu tahu kenapa kau jdi pilihan text kosong ku? sebab aku nda malu mahu buat perkara bodoh dpn kau.sebab benda yang bodoh itu selalunya ada lah aku kan? hmm. tapi, itu diriku. dan menjadi diri ku d depan mu adalah kekuatan ku. aku berbahagia dgn itu.
ok. aku pun perasan tulisan ku kali ini penuh dgn perkataan yang berjela-jela. dan semestinya cuma dgn perenggan pertama ada yang merasa bosan dan tanpa segan silu klik butang X d tab mereka. tapi, nda mgapa. lebih sikit org baca, lebih ok.
aku menulis saat ini dgn senyuman. mungkin ini luahan ku yang terakhir. aku mau bersara untuk seketika. aku penat mahu meluahkan di tempat yang tidak bernyawa ini. keadaan nya pun dari dulu, kini dan selamanya tidak pernah berubah.masih dgn suasana yang sama. sekiranya dia boleh memilih, mungkin dia tidak akan memilih aku sebagai tuannya. hah. bye
No comments:
Post a Comment