Friday 27 March 2015

rinduan kepada memori dan kenangan

rindu lagi. sebab itu aku hadir kan diri di sini lagi. aku tidak perna menyangka akan merindui tangisan tangisan di dunia ku yang satu ini. atau mungkin aku merindui aku yang dulu. wanit yang sentiasa mengalir air mata di tiap malam nya namun masih mampun senyum d tiap bangun nya. wanita yang sentiasa tidak peduli kata orang d sekeliling nya asalkan dia tahu dia ada sahabat dan keluarga yang menjadi hala tuju hidup nya. wanita yang d sakiti kekasih nya namun masih yakin cintanya kepada kekasih nya itu. benar kata orang, semakin lama hidup semakin banyak yang di lalui. dulu menaip d ruma sekarang menaip d asrama. dulu bersahabat dgn dia sekarang bersahabat bersama mereka. jujur aku merindui wanitaku yang dulu nya. aku merindui sahabat ku yang perna berjanji mencintai ku seumur hidupnya. telah banyak yang berubah sekarang. Tapi satu yang tidak perna hilang iaiti air mata. Tuhan, apa aku perlu lalui segala liku hidup ku bersama air mata? aku merindui segalanya sekarang aku rindu keluarga ku mak ku bpk ku adik2 ku. aku rindu sahabat kecil sehidup semati ku. aku merindui memori ku aku merindui kenangan ku. aku rindu. Tuhan sampai kan salam rindu ku kepada mereka. katakan aku rindu.

Sunday 25 May 2014

kata kawan aku

Kata kawan aku lelaki indah mereka cuma pada permulaan hubungan. Kata kawan aku lelaki manisnya pada janji. Kata kawan aku lelaki perubahannya bila kau sudah serahkan hati kau. Sejauh mana kebenaran kata kawan aku itu? Yang boleh aku kata kan pada kata kawan aku itu, kini aku tunduk di bawah lelaki kata kawan aku itu. Huh mengeluh !

Saturday 24 May 2014

Rinduku kepada masa lalu ku

Pejam celik pejam celik sudah dua tahun aku meninggalkan zaman kepedihan ku dahulu. Zaman di mana aku kerap meluangkan masa di dunia tidak bernyawa ini. Dan kehadiran ku kali ini cuma ingin mengatakan aku rindu. Ya. Aku rindu pada nya yang memberi ku kepedihan dan kebahagian sehingga aku ada cerita yang boleh aku banggakan. Cerita masa lalu yang boleh buat aku tersenyum bila mengimbas nya semula. Rinduku untuk nya itu sering hadir bila aku di sakiti oleh pemilik hati ku sekarang. Sesakit mana pun aku olehnya tidak pernah sesakit yg di beri oleh pemilik hati ku skrg. Aku berhadapan karma. Mungkin? Bila masa aku mengimbas semua yang ada d belakang ku, aku bahagia. Andai bisa terulang aku memilih utk mengulangi nya. Aku cuma rindu kepada dia yang pernah hadir di hidupku itu. Rindu ku kepada masa lalu ku.

Tuesday 22 January 2013

selamat tinggal yang terakhir

Untuk apa mengenang kan memori yang lalu jika hanya menyakit kan. untuk apa mengenang dia yang berlalu jika hanya mengundang air mata. Kita gagal dalam membina kebahagian kita. Kita gagal dalam menggapai impian kita. Dan bila esok kita bertatap mata lagi, sudi kah bibir itu mengukir senyuman seperti dulu? Bila mereka mereka kata, putus cinta itu kan perkara biasa untuk kamu? Aku Cuma tersenyum. Mereka mereka Cuma tahu putus cinta itu biasa untuk aku, kecewa itu perkara biasa untuk aku, terluka itu perkara biasa untuk aku. tapi, mereka mereka tidak tahu bahagia si peluka hati hulur luar biasa untuk aku. mereka mereka tidak tahu itu. Saat setiap memori hadir tanpa d undang, kelibat nya d cari-cari. Bukan kah saat ini seharusnya kami bahagia seperti dulu-dulu? Bukankah saat ini seharusnya kasih yang ada di hati nya sepenuh nya untuk aku? ke mana dia saat ini? Adakah dia baik-baik saja tanpa aku hadir dalam hidup nya? adakah dia bahagia tanpa aku di sisi nya. Aku lebih rela tiada kabar nya seharian. Aku lebih rela di marah nya seharian. Aku lebih rela dibebelnya seharian. Aku lebih rela tidak di pedulinya seharian. Ini semua sebab aku tahu, biar tiada kabar seharian, walau di marah seharian, meski tidak di peduli seharian, dia tetap aku yang punya. Dan kini? Kami melangkah ke hadapan namun bukan bersama. Lagkah kami tidak sehaluan seperti dulu. Kata mereka mereka, jadikan semua yang berlalu sebagai pengajaran. Dan aku tersenyum lagi. Memang kita merancang sebaiknya, namun takdir sudah menentu kan setakat ini perjalanan kita. Yang mampu di buat sekarang, hanya pasrah dengan keadaan. Suatu saat kita akan menemui kebahagian kita masing-masing. Dan di saat itu, aku tersenyum mengimbau kenangan kita. Sayang, izin kan aku merindui mu :’(

Sunday 19 August 2012

air mata mengalir menunjuk kan hati ini tersakiti lagi

saat bahagia hanya seketika. hilang diri itu tanpa jejak entah ke mana. tidak mengerti dengan sikap nya yang diperbuat sejak akhir-akhir ini. knp? mengapa? di mana silap diri? jika bersalah, mohon di maaf kan. diri ini juga manusia biasa. tidak dapat mengerti kehendak mahu itu. jika menyakitkan hati, mohon di ungkapi. agar diri tahu di mana kelemahan diri di mata itu. sesungguh memang diri ini mengakui, cinta telah berputik di hati dari dulu. bah kan semakin hari semakin bertambah. hanya untuk diri itu. setiap kekurangan nya mata mengkaburi. kerana apa? kerana sayang dalam diri ini. jika kata ini di dengari, mohon merayu maafkan diri ini, jika kata dan perbuatan yang mengguris hati, sehingga menghilang kan diri. kerana hati ini tidak boleh kehilangan cinta diri itu. sayang, di mana kamu berada, aku menanti dengan sabar. jgn biar air mata mengalir lagi, jgn biar kisah kita di hiasi hanya dengan kisah duka. mohon mengerti sayang. namun andai hati degil itu sukar memaafi, cuma ingat aku dalam doa mu. Maaf zahir batin untuk mu :'(

Sunday 1 July 2012

jangan jaja cerita kami ke sana ke mari


kami tidak sedar akan terjadi perkara yang boleh merobek hati kami. Ini bukan kisah cinta. Ini bukan kisah dongeng. Ini kisah kami. Kisah kami berdua. Kisah kami berdua yang dulunya berjanji bersahabat selamanya. Dia adik. Aku kakak nya. aku kakak. Dia adik nya. Terlahirnya ikatan keluarga walaupun tiada darah aku mengalir di tubuh nya, juga sebalik nya. aneh kan? tapi nyata. Bila berdua, seolah-olah masa cepat berlalu. Walhal Hari-hari bertemu. Namun tidak juga ada bosan nya. kenapa? Mungkin sebab banyak yang kami ingin kongsi. Bersama. Berdua. tapi belum puas kami menuai kisah. belum ingin kami mengucap selamat tinggal. kami sudah membuat halaun berlainan. kisah kami umpama kisah cinta, kata mereka. Aku tergelak dalam tangisan.

Saturday 12 May 2012

MY FUTURE UPDATE ( diakui kedongengannya)


sangat HIPERBOLA

Mesej tidak berhenti masuk dalam inbox. Paling merimaskan bila semua mesej bunyi sama “betul kah ni? Jangan main-main” . paling melucukan bila aku kata “sumpah! Aku tidak tipu” , semua kutuk “siapa bakal ipar yang malang tu?” ceh! Aku setakat nda pandai masak pun mau kecoh. Mie maggi pun boleh kasi hidup apa?
paling terharu bila sampaikan berita dengan cik Meera, ayat pertama dia keluar “hilang sudah kawan lawan kentut paling bau lepas ni” . sedih sial ! cik Lara direct Tanya “tema mau warna apa?” . amboi amboi. Saya baru di risik la! Duit hantaran pun belum terima lagi. Hihih.
kawan-kawan sibuk ucap tahniah. Rasa glamour pulak :) sekarang aku sangat rasa faedah facebook. Aku just post “ i’m getting married” . kawan SRC ucap tahniah, kawan NIAGA tumpang gembira. jantung aku pun mainkan peranan. Dup dap dup dap sejak mr.bakal imam bawa rombongan.



tarikh sudah di tetapkan. Lebih kurang satu bulan lagi aku habiskan masa remaja ikut langkah kawan seperjuangan dulu.  Puan suzi, Puan asmah, dan puan saria I’M GETTTING HAVE MY OWN FAMILY SOON. Wiiiiii.  Lepas tuw, ikut langkah macam puan shema dan puan syahirah, buat pasukan bola knknkn? :D
kawan-kawan NIAGA awal-awal aku sudah booking, jadi pembawa hantaran. Diorang pun no prob! Thanks guys. Aku dengan mr.bakal imam Cuma duduk goyang kaki tiada buat apa-apa selain pilih baju nikah dan sanding. Urusan lain keluarga sibuk atur. Terima kasih family! Nanti me and mr.bakal imam buat ank byk2 bagi satu org satu. Tanda balas budi erk? Hihihi. Kidding :P
cik Amalina dari hari pertama dpt tahu that i’m getting married, hari-hari call berbekalkan ayt sama “kalau nikah WAJID pakai tudung!!!” ok tuanku. Menurut perintah. Lain pulak cerita dgn puan syahirah. Dia sudah jadi bosan bila hari-ari aku mesej Tanya klu sudah kawin paling bagus masak apa untuk breakfast suami. Last-last dia Cuma ajar masak mee mcm mck kantin dulu.


hari di tunggu tiba. Majlis nikah start pukul 10 pagi. Aku bangun pukul 3 subu solat istikarah biar semua berjalan lancar hari ni. Selesai mak andam wearkan make up dan baju sudah lengkap d tubuh, direct buka lappy mau wechat dengan puan khairunnisa. Dia nda dpt hadir sebab terpaksa ikut husband dia g korea sana :) tyme wechat, dia sedih tengok me with my kebaya. Dia cakap “ be a nice person after this” oh my! I’ll be missing my zaman bujang.
dalam masjid, me with my putih-pink kebaya and mr.bakal imam with his white baju Selangor. Once again, i’m fall in love with him! Puan suzi yang duduk di sebelah sempat bisik di telinga “bakal imam akan jadi imam suda lepas ni. Congratulation!” aku senyum bahgia.
i saw my mr.bakal imam. Saya tahu dia gemuruh dengan muka dya yang pucat.  teringat mesej dia semalam “aku akan jaga kau sampai kau tiada gigi” . aku senyum lagi. Pengantin! Mesti senyum 24 hours. So, jgn hairan laaahh!

p/s STPM says : SEBELUM SEMUA NI TERJADI LANGKAH MAYAT AKU DULU. Wkkwkw.