Monday 30 January 2012

after one year. my heart still yours :)


bila dia lambat reply msg, aku marah.
bila dia langsung tdk reply msg, aku marah then minta brek.
bila dia kata dia tetidur, aku tdk percaya, aku marah, aku minta brek then off henpon.
Tapi, dia tetap bertahan melayan karenah aku.
Kejam sangat kah aku?

Bila dia kata dia sayang aku, aku tdk percaya.
Tapi, bila dia kata dia curang,  bulat-bulat aku percaya.
Bila aku cemburu, dia ketawa. Aku marah.
Bila aku marah, dia tidak pujuk. Aku marah lagi.
Tapi, dia tetap bertahan melayan kebudak-budakan aku.
Teruk sangat kah aku?



Kami gaduh. Tapi, sebenarnya kami sayang.
Kami perang. Tapi, sebenarnya kami rindu.
Dan bila dia kata, dia mau jaga aku. aku tersentuh.

Setiap hari pasti ada pergaduhan. Dia kadang-kadang pening layan aku. mungkin sakit hati juga. Tapi, sekarang dia sudah biasa. Senyum J. Buktinya,hari ini, aku dia punya dan dia aku punya. Aku berharap selamanya akan. Sebab aku sayang dia meski dia bukanlah hensem sangat pun.gelak jahat like HAHAHAHA


Terima kasih kepada dia yang masih sanggup di samping ku selama satu tahun ini meski aku ni tersangat la annoying. Terima kasih kepada dia yang masih sanggup jadikan aku ni girlfriend dia selama satu tahun ini meski aku ni susah di kawal. Terima kasih kepada dia yang  masih sanggup sayang aku selama satu tahun ini meski aku ni  childish “sikit”.  And i love you so much sayang <______________>

Kepada dia,
“ aku sudah cukup umur tau kah? Boleh kawin suda ni. Heee. gatal!  Aku tunngu kau di tsini dgn sabar. dan dan dan jangan lupa tunaikan janji tuw. Lagi satu jangan kasi sakit hati sudah. Jangan gaduh-gaduh sudah. And paling penting jangan mau belanjik sama perempuan ya?:P BYE.”

p/s selama 365 hari kami bersama, hari ini paling bahagia. TUHAN, jangan tarik kebahagiaan ku kali ini.

OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS

Monday 23 January 2012

perasaan sayang ku kau hancurkan, kekuatan ku musnah


Kekuatan ku hilang entah ke mana. Mungkin begini penamat cerita kami. Biasanya setiap kesalahn nya dia kata “sory”. Dan aku memaafkan. Kerna aku percaya setiap kesalahan yang dia buat semua beralasan. Dan aku anggap alasan itu satu yang positif. Namun kali ini, semua bukti ada di depan mata. Tidak perlu lagi mahkamah untuk d adili. Tidak perlu peguam untuk membela. juga Tidak perlu hakim untuk menentukan mana salah dan yang benar. Kerana pengakhirannya. Dia salah dan perlu d hukum. Namun, aku sayang dia. Apa daya ku sekarang? Apa arah tuju ku sekarang?


p/s  tolong  cakap dengan aku kau nda salah please??


OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS

Sunday 22 January 2012

jangan sakiti hati kawan saya lagi :(

 Kali ini seperti dulu lagi. Kerjanya Cuma mengelamun. Aku fikir, itu hal kecil. Bagi nya sangat bermakna yang mengecewakan yang melukai dan yang sangat di sesali. Kita jadi kan pengalaman sebagai pengajaran. Tapi, pengalaman lalu nya terjadi lagi. Dia tidak tahu di mana kesilapan nya. dia percaya pada karma. Cuma dia memang tidak tahu dia silap di mana sebenarnya. Dan akhirnya dia mengelamun sesuatu yang menyakitkan.

Mungkin dia berfikir, apa guna dia di kurniakan wajah cantik sekiranya wajah cantik nya itu punca dia di lukai sang lelaki? Wajah cantik itu punca dia tidak boleh mengecapi kebahagiaan? Wajah cantik itu punca dia tidak boleh rasa di sayangi setulus nya oleh lelaki yang dia cintai?kenapa dia di kurniakan wajah cantik itu sekiranya dia akan rasa sakit kerana wajah itu. Tapi persoalannya, Benarkah ia berpunca dari wajah cantik itu? Dan dia mengelamun lagi.

Kita perlu bersyukur dengan yang telah di berikan. Cuma, tidak salah kan kita berfikir?
 
Bukan tidak ada yang datang ingin menggantikan posisi lelaki-lelaki yang tidak kenal cinta itu. Sudah acap kali. Namun, hatinya  setia pada sayangnya yang satu. Dan kerana kesetiaan hati nya, dia gagal merasakan cinta baru yang ingin merebut hatinya. 

p/s kami ada untuk kau. kami kan sayang kau? senyum please???

OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS