Monday 26 March 2012

bila aku kata aku sayang ; aku terlalu maksudkan nya. boleH jaga sayang aku baik-baik?


Bila ada orang lain dalam hubungan kita, persahabatan kita mesti akan jadi hambar kan? aku mula perasan. bila mana ada pertelingkahan ; maksud ku pertelingkahan kecil, pasti kita mahu jadi pemenang tanpa sedar perlakuan kita itu menyakitkan hati satu sama lain . tapi, bila keadaan kembali normal ; apabila conversation kita Cuma melibatkan kita berdua, masing-masing akan mengalah, masing-masing jadi care secara automatik. Jadi, kita fikir secara logik ; kita rapat gila-gila itu cuma hipokrit kan? Sekadar sebab kita Cuma tinggal berdua ; so terpaksa berlagak rapat, berlagak care hanya mahu menutup rasa bosan?

Bila kehidupan kita berdua mula di warnai dengan insan lain lagi, kita mesti rasa malas mahu kongsi masalah kita. mUngkin sebab, kita ada insan lain yang boleh di kongsi masalah kita kan? kita fikir lagi ; persahabatan kita ni sesuatu yang ikhlas? Atau Cuma sekadar pembohongan? Atau kita mula sudah rasa bosan dengan persahabatan kita yang ada hanya aku dan kau. Jadi bila ada orang lain di dalam persahabatn kita, kita jadi over excited?



Niat aku bukan mahu mengkritik kasih sayang persahabatan kita. Jika benar apa yang aku rasa ini sama dengan yang kau rasa ; ternyata kita memang masih care dengan ikatan kita yang sedang hambar ini. Tapi, bila kau masih mencari siapa yang aku maksud kan dalam coretan ini, percaya! Aku masih sayang dengan kau macam dulu. Jangan ragu dengan rindu yang aku ucap, jangan keliru dengan sayang yang aku luah. Jangan pertikai air mata aku yang pernah mengalir ; semuanya ikhlas untuk seorang cahaya hidup ku.

p/s kau sendiri faham, aku bukan seorang yang pandai pendam perasaan. Di sebab itu, hadir nya coretan ini.

OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS

No comments:

Post a Comment