Tuesday 21 February 2012

sejarah telah berulang


Keadaannya serupa dengan tahun lalu. Waktu pertama kali kau jejak kaki di sana. Aku lelah sayang. Aku penat. Tidak cukup aku korban kan semuanya selama ini sayang? Aku hampir terjatuh dulu, tapi kau yakin kan aku semula dengan rasa mu. kini? Aku terjatuh, yang betul-betul berat untuk bangun semula. Kerana kau semangat ku. dan semangat aku yang hancurkan aku. perlu aku mengalah? Sedang kan aku takut. Kenapa senang kau bilang perpisahan sayang? Kenapa terlalu mudah kau lupa angan-angan kita semua?  

Pastinya satu dunia sedang ketawakan aku. perempuan yang terlalu lemah namun berlagak kuat. Kalau kau tahu bagaimana hati ini menangis, hati terguris,hati berdarah,hati terluka? Mengapa perlu kau yang lukakan perasaan?

kalau perlu aku merayu, aku mohon tolong jangan dera hati ku. Susah sangat kah untuk berkata jujur? susah sangat kah untuk kau tidak ego sayang?  Jika aku mengalah nanti, kau perlu yakin, aku lakukan itu semuanya punca kerana sayangku yang terlalu dalam untuk kau. aku yakin,  detik itu akan sampai dan di situ la robohnya janji-janji yang pernah di ungkap dulu.

p/s aku belum sedia sekarang, namun suatu hari nanti pasti akn.

OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS

No comments:

Post a Comment