Monday 26 December 2011

buntu


 Penyesalan yang akan datang sebentar lagi. Itu yang akan aku terima? Perasaan ku masih ada. Cuma tidak seperti dulu. Yang terhegeh-hegeh mencari. Yang  ingin di belai setiap masa. Yang ingin di sayangi setiap detik. 

Kalau dia, aku sering mencari. Perkenalan pertama tidak menimbul kan apa-apa. Tapi? Setiap pebualan yang berlaku hari demi hari menimbulkan pertanyaan asing yang sememang nya tidak harus ada. Sudah berpunya kah dia?


Yang satu ini, setia menunggu. Setia bersabar di setiap karenah. Tapi,perasaan sering memberontak agar meninggalkan dia. Dia yang di puja dulu. Dia yang di igau dulu. Kini? Seolah-olah perasaan sedang memperbodohkan diri

Perasaan tidak boleh di paksa. Aku sayang dia. Dulu. Aku tidak mahu kehilangan dia. Dulu. Dan sekarang, setiap kesalahan kecil nya aku perbesarkan seperti kesalahan seorang banduan yang tidak boleh di maafkan. Dan aku pergi dari hidupnya~

Kalau yang satu itu, dia hadir dalam hidup dan tak ingin pergi dari fikiran dan penghujungnya mencuri hati secara perlahan-lahan. Sedangkan hubungan tidak akan ke mana sekiranya dua dua saling merindui. Sampai bila? Kerna masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Tapi, bayangan nya sentiasa mengejar. Dan aku jatuh! Jatuh ke hatinya~

p/s punca aku sayang tempat itu, ADALAH KAMU. Be mine please?

 OWNER OF MY LIFE
NURARTIKA YUNUS


No comments:

Post a Comment