Friday 20 January 2012

Semuanya Sudah Di Rancang Sebaiknya

Bila benda sudah jadi seperti biasa, pasti akan ada kekurangan di situ. Bila kita mahu rasa kebahagiaan, biar pun sedikit, pasti ada penghalang. Jemu. Muak. Bosan. Longlai mengatur langkah. Seolah tidak ingin mara ke hadapan lagi.

Saat bersendiri, hati sayu perasaan hiba. Mungkin Tuhan sudah tentukan sesuatu yang terbaik di hadapan nanti. Cuma perlu melangkah. Tapi kaki jadi kaku mau bergerak. Akibat duri yang ada di sekeliling niat untuk melangkah ke hadapan lagi mencapai titik nokhtah. Sudah jadi pengalah biar belum sampai ke garis penamat. 

Manusia semakin berlumba untuk berada di hadapan biar pun menghalal kan segala cara
Kekecewaan pula jadi perasaan sampingan yang tidak harus berlegar d hati. Ia merosak kan hari. Hari yang ingin di lakar dengan warna pelangi. Hari yang ingin di lalui dengan senyuman mengalah kan kemanisan gula. Sebab tidak lama lagi akan ada pertarungan kalah mati.

p/s  aku kecewa dengan kamu sayang. 

OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS

No comments:

Post a Comment