Sunday 22 January 2012

jangan sakiti hati kawan saya lagi :(

 Kali ini seperti dulu lagi. Kerjanya Cuma mengelamun. Aku fikir, itu hal kecil. Bagi nya sangat bermakna yang mengecewakan yang melukai dan yang sangat di sesali. Kita jadi kan pengalaman sebagai pengajaran. Tapi, pengalaman lalu nya terjadi lagi. Dia tidak tahu di mana kesilapan nya. dia percaya pada karma. Cuma dia memang tidak tahu dia silap di mana sebenarnya. Dan akhirnya dia mengelamun sesuatu yang menyakitkan.

Mungkin dia berfikir, apa guna dia di kurniakan wajah cantik sekiranya wajah cantik nya itu punca dia di lukai sang lelaki? Wajah cantik itu punca dia tidak boleh mengecapi kebahagiaan? Wajah cantik itu punca dia tidak boleh rasa di sayangi setulus nya oleh lelaki yang dia cintai?kenapa dia di kurniakan wajah cantik itu sekiranya dia akan rasa sakit kerana wajah itu. Tapi persoalannya, Benarkah ia berpunca dari wajah cantik itu? Dan dia mengelamun lagi.

Kita perlu bersyukur dengan yang telah di berikan. Cuma, tidak salah kan kita berfikir?
 
Bukan tidak ada yang datang ingin menggantikan posisi lelaki-lelaki yang tidak kenal cinta itu. Sudah acap kali. Namun, hatinya  setia pada sayangnya yang satu. Dan kerana kesetiaan hati nya, dia gagal merasakan cinta baru yang ingin merebut hatinya. 

p/s kami ada untuk kau. kami kan sayang kau? senyum please???

OWNER OF THIS PAGE
NURARTIKA YUNUS

No comments:

Post a Comment