terpulang kepada sesiapa sahaja yang ingin menilai aku bagaimana.. kerana aku tahu, di sebalik sikap ku ada orang yang berdiri di sebelah ku dan senyum melihat gelagat ku.. tidak kurang juga yang merasa menyampah dengan setiap tutur dan perbuatan ku.. itu hak kamu.. kamu tidak menyenanginya, aku hanya mampu beri senyuman panjang sehingga pipi ku betul-betul kamu akui kecomelannya agar kamu tahu, kata-kata yang kamu lontarkan atau yang kamu bisik kan aku hanya anggap bagai angin yang terbangkan rambut ku kemudian akan hilang begitu sahaja.. kerana itu adalah merupakan pandangan pertama kamu kepada aku.. atau pun lebih sesuai tafsiran pertama kamu tentang aku..dan aku terima itu..
aku bukan mahu cari publisiti murahan.. aku cuma mahu kamu lihat,itu lah aku yang sebenarnya.. aku akan cuba berkata-kata sehingga aku kehabisan idea untuk berhujah.. aku akn ketawa sehingga pipi ku rasa lenguh.. aku akn cuba buat kamu senang dgn gelagat ku sehingga aku menglah kerana hati kamu keras untuk menerima keadaan emosi dan mental keanak anakan ku.. sekiranya kau betul-betul rasa benci dgn kehadiran ku aku tetap mampu tersenyum kerana sekali lagi aku mahu kau tahu, ada org yng setia berdiri di sebelah ku tersenyum melihat gelagat ku kerana dia lebih mengenali ku..maksudku terlalu mengenaliku.
p/s walaupun ada yang membenci, aku akn cuba buat kau kenal aku lebih dalam...
No comments:
Post a Comment