Tuesday, 20 September 2011

aku tidak berniat mahu tipu kau sekali lagi.. tapi, kau harus tahu apa itu erti sahabat.. persahabatan yang terjalin akan lebih indah jika melalui hati yang ikhlas

jika kau rasa aku ni insan yang menyusahkan kau,aku minta maaf.. jika kau rasa aku ni insan yang hanya mementingkan diri sendiri, aku minta maaf.. seperti yang kau kata, kita hanya manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan.. seperti itu juga aku.. aku tidak mahu komen tentang apa yang kau kritik tentang aku.. semua orang mempuyai pandangan masing-masing.. begitu juga aku.. aku tidak pernah ingin menjadi sempurna di mata siapa-siapa.. aku juga tidak ingin kau jadi sempurna di mata ku mahu pun orang di sekeliling mu.. kerana, sekali lagi kita hanya manusia.. dan tiada manusia yang sempurna..


aku sudah penat mau hipokrit tentang rasa yang ada dalam diri ku untuk kau.. aku penat mahu hipokrit bahawa aku mengenali mu padahal aku tidak.. aku penat mahu hipokrit bahawa kita adalah sahabat terbaik di antara yang terbaik padahal kita hanya menjadi terbaik bila ada situasi yang akan membuat kita terbaik.. aku penat untuk itu..


aku tidak mahu persahabatan kita kerana terpaksa.. aku sungguh tidak mahu.. aku mahu sebuah persahabatan yang tulus ikhlas yang igin aku jaga dan aku sayang sehingga aku tidak ingin kehilangan nya.. sebuah persahabatan yang membuat aku mengalirkan air mataa bila tiada dia di depan mata.. aku ingin itu.. persahabatan kita sudah terlalu lama.. sangat lama.. namun, kini aku mulai faham.. persahabatan yang terjalin itu cuma untuk menutup ruang-ruang yang bocor... menutup sebuah  kekosongan..


mungkin kau akan kata aku lah manusia yang kejam.. bukan kau sahaja,sdh tentu orang sekeliling juga mengatakan yang sedemikian.. aku memang manusia yang kejam.. kerana aku sanggup meghancurkan kesucian sebuah persahabatan yang ingin kau jalin kan selama ini.. maaf sekali lagi.. aku tidak mahu memberi harapan yang terlalu tinggi untuk kau jadikan aku sahabat terbaik mu.. sebab aku bukan itu.. aku bukan ..



aku sudh cuba untuk merasakan kesedihan pabila tiada kau di sisi.. aku sudah cuba untuk mengenali diri mu.. sudah kawan..!! sudah..!! tapi, terlalu banyak rahsia yang tersembunyi dalam diri mu sehingga aku rasa persahabatan kita tidak perlukan.. kau tahu juga maksud pershabatan kan? ianya tentang duka dan gembira.. namun, semuanya kau pendam sendiri.. seolah-olah tiada aku untuk kau luahkan rasa sakit, bahagia hati mu..

niat ku bukan mahu mengaibkan kau.. aku bukan mahu memalukan kau bahawa kau terhegeh-hegeh mahu berkawan dgn aku.. aku bukan mau bongkak mahu kempen sana sini bgitahu khlayak ramai kau igin menjadi antara orang yang aku sayang.. tidak sama sekali.. kerana aku sedar, aku tidak layak untuk itu.. aku tidak layak untuk di agung-agung kan sebagai sahabat terbaik.. langsung tidak layak..


jangan kau jadikan aku orang yang kau harapkan.. kerana aku juga mengharap kan org lain.. aku belum cukup kuat untuk bebanan yang ingin kau beri.. cukup kawan.. !! aku tahu, kau cuma mahu ingin dirasa kehadiran mu.. aku cuba sedaya upaya yang aku boleh.. namun,mungkin kehadiran insan lain yang menyebabkan aku lalai dan tidak lihat erti sahabat yang ingin kau jalin kan.. aku berdosa..


sahabat,
mungkin satu hari nanti aku akn menyesal kerana mengabaikan persahabatan yang igin kau hulur.. mungkin suatu hari nanti aku akan menangis kerana tiada kau sudah untuk mendengar cerita boring yang aku mahu sampaikan.. mungkin suatu hari nanti aku akan melutut di depan mu agar kau kembali kepada aku untuk membina kembali istana kebahagiaan yang telah aku roboh kan.. dan mungkin suatu hari nanti aku akn menyesal kerana telah membuat coretan ini.. AKU TUNGGU SAAT ITU, SHABAT..!! kerana aku yakin saat itu akan tiba.. kerana kau memang aku perlukan.. kau yang selayak nya di gelar terbaik.. kau!!

p/s aku tidak ingin hancurkan persahabatan itu.. aku akan cuba sebagaiman kau cubaa.. bila aku kata aku sayang kau,aku mahu kau tahu aku betul-betul maksud kan nya..

No comments:

Post a Comment