Thursday, 25 August 2011
IA HANYA UNTUK SEMENTARA
situasinya sudah berbeza... situasi nya telah kembali normal.. kembali seperti dulu.. kembali seperti pertama kali perkenalan.. kembali seperti sedia kala.. tanpa sebarang usaha.. tanpa sebarang bicara panjang.. namun persoalan nya,perlukah berasa gembira di atas segalanya.. hati keliru di atas semuanya.. antara sedih dan gembira.. kedua duanya tidak menghuni hati saat ini..
seharusnya kegembiraan itu ada.. kerana kembalinya dia yang dulu adalah satu impian yang d igaukan kan sejak beberapa bulan ini.. dan impian itu telah di raih.. dia kembali.. walaupun tidak seratus peratus kembali,namun syukur dalam diri harus ada.. mungkin ia adalah petanda yang baik..
keliru di atas perasaan sendiri.. sekiranya aku boleh menyelami hatinya.. akan ku cari kebenaran dalam setiap tutur katanya.. hati kadang kadang ragu terhadap ketulusan.. namun hati kadang kadang yakin tehadap setiap janji yg d ukir.. tiada apa yag diperlukan ketika ini.. hanya kepercayaan.. hanya itu yg mampu mnyelamatkan nya.. meski hati sentiasa sakit di atas segala perbuatan yg di lakukan sebelum ini,namun hati tidak pernah merasa puas utk menyayanginya.. cinta kadang sukar di tafsir.. sukar di mengerti apa mahu nya.. yang hanya ada,cuma ingin di sayangi dan menyayangi..
mungkin kegembiraan tiada kerana kegembiraan itu tidak mahu memberI hrapan yang tinggi kepada hati.. kegembiraan tahu bahawa hati sudah terlalu sakit utuk menerima penipuan kegembiraan.. kegembiraan tahu hati sudah cukup tersiksa kerana kegembiraan hanya dtg dan pergi begitu saja tanpa memikirkan kepedihan yang di alami oleh hati.. kegembiraan tiada kerana hati sudah bersedia dengan perubahan si buah hati selepas ini.. kegembiraan tiada kerana kegembiraan tahu hati sudah pun menerima kenyataan perubahan si buah hati mungkin hanya buat seketika.. ianya tidak kekal !!
kesedihan sentiasa menemani hari hari yang di lalui hati.. kesedihan menjadi teman setia hati setelah di tinggal kan kegembiraan.. kesedihan tidak pernah putus untuk menemani hati walaupun hati telah mengusirnya jauh jauh.. kesedihan tidak ingin mengalah untuk menemani hati walaupun hati telah memberi amaran agar tidak mengganggu hati.. namun,kini kesedihan tiada menemani perjalanan hati.. kesedihan yang sentiasa menemani hati tiada untuk menemani hati di saat malam menjelma.. kesedihan tiada saat ini..
kemana semuanya menghilang? kemanakah kegembiraan yang seharusnya ada pada hati saat ini? kemanakah kesedihan yang setia menjadi teman pada hati selama ini?
p/s kerana hati tahu ia akan berubah sekali lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment